untitled

Membela Islam

http://membelaislam.bravehost.com/

 

Islam di Tanah Air tercinta semakin terancam dan diancam dari pelbagai sudut dan pihak.

 

 Alhamdulillah!!!

PUTRAJAYA, 30 Mei 2007- Mahkamah Persekutuan pada hari ini telah memutuskan kes Kes Azlina Jailani pada pagi tadi jam 10:30 pagi di Putrajaya. Penghakiman disampaikan oleh Tun Fairuz, Dato' Ricahard Malanjun dan Dato' Allaudin.

Berikut ini penghakiman yang telah dijalankan sebentar tadi:

Hakim Tun Fairus:

Mahkamah Syariah ada kuasa tentukan sama ada seseorang boleh murtad atau tidak.Mahkamah boleh kenakan syarat untuk murtad. Tun Fairus menyimpulkan bahawa artikel 11 tidak membenarkan Azlina Jailani untuk menukar agama sesuka hati. Azlina Jailani hanya boleh murtad mengikut undang-undang Syariah.

Tun Fairus menolak permohonan Azlina Jailani.

Hakim Datuk Richard Malanjun:

Perlembagaan Persekutuan adalah supreme. Permohonan untuk menukar status agama kepada Mahkamah Syariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Richard mengambil pandangan untuk tidak bersetuju dengan pandangan Tun Fairus.

Hakim Datuk Alauddin:

Bersetuju terhadap alasan yang dikemukakan oleh Hakim Tun Fairus


Keputusan Penuh Penghakiman:

Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2:1 menolak rayuan Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.

Joshua Project - Satu Projek Kristinisasi Seluruh Dunia

Baca statistik kristinisasi di Malaysia

Kontroversi Artikel 121(1A)

Perlembagaan Persekutuan

  1. Kontroversi Bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil - oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (UIAM)

  2. Conversion To Islam: Which Court - Civil Or Syariah - Has Jurisdiction? by Pawancheek Marican & Zainur Zakaria

  3. Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan (petikan Berita Minggu - Temubual dengan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (UIAM)

  4. Mahkamah Syariah: Di mana Bidang Kuasanya? Farid Sufian Shuaib

  5. Mahkamah Sivil tak boleh campur tangan D. S. Mohamed Nazri Aziz

  6. Isu Perkara 121(1A) Perlembagaan (petikan Harakah Mei 2006)

  7. Court ‘should have probed law’ Suhakam - T.S. Abu Talib Othman

  8. Fasal (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan D.S. Abdullah Ahmad Badawi berkata,

  • Artkel-artikel Menarik:

     

    Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

    Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim

     

    Saudara baru berhak kebahagiaan

    Zainul Rijal Abu Bakar (Presiden Persatuan Peguam Syari'e Malaysia)

     

    Konsep, Tujuan Dan Matlamat Undang-Undang Keluarga Islam (dari Laman JAKIM)

     

    Penambahbaikan Mahkamah Syariah belum capai matlamat Nurhidayah Muhd Hashim

    Amaran Bishop Kepada Penganut Kristian Katolik

    Jika Memeluk Islam

  •  

    Laman MEMBELA ISLAM yang mulanya diasaskan cetusan dari kes Azlina Jailani (Lina Joy) yang mengancam kedaulatan dan kedudukan Agama Islam di Tanah Air kita.

     

    Laman kini dirobah semula sesuai dengan semakin banyak ancaman dan cabaran yang dihadapi dari pelbagai sudut dan pihak yang disenang dengan kedudukan dan kedaulatan Agama Islam di negara kita.

    Wanita Muslim India Yang Ditipu Peguam Suami

    Semasa perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau telah dipermainkan oleh peguam suami beliau yang menyuruh beliau menandatangani surat perakuan penyerahan hak penjagaan anak mereka kepada bekas Suami beliau P.Marimuthu yang masih menganut agama Hindu.

    Wanita malang ini tidak diberikan apa-apa penjelasan berhubung kesan tindakan beliau itu oleh peguam berkenaan dan sikap Karpal Singh selaku peguam kepada suami beliau ini amatlah dikesali. (untuk bacaan seterusnya)

    Seluruh umat Islam dengan paduan kesemua NGO-NGO Islam WAJIB menggembeling niat, tenaga, masa dan wang ringgit untuk mempertahankan Agama Islam yang kini dicabar dari pelbagai sudut dari dalam dan luar negara kita.

     

    Pakatan Jahat Mencabar Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan

    Menghapuskan kedaulatan Islam dalam perlembagaan

    Menyamatarafkan semua agama (transcendental unity of religion) di negara kita

    Memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak di kalangan umat Islam sendiri

    Menghapuskan undang-undang kawalan moral berasaskan agama

    Memberi imej buruk terhadap Institusi dan Undang-undang Syariah

    Mengadakan jaringan bersepadu untuk menggayangkan Islam (Islam Bashing)

    (Maklumat lanjut)

     

    TERBARU!!!
    Usaha terbaru Musuh-musuh Islam yang didokongi oleh ASLI - Pimpinan Francis Yeoh dan memperalatkan Mirzan Mahathir

    Mereka akan mengeluarkan satu kertas cadangan yang dipanggil "Merdeka Statement" yang merupakan penerusan cabaran mereka terhadap kedaulatan Islam dalam Perlembagaan negara.

    Ringkasan dan komennya

    Klik di sini

    Kami sedang berusaha untuk mendapatkan naskah lengkap.

    Pastikan saudara mara, sahabat handai dan rakan sepejabat anda maklum dan faham isu-isu yang sedang mengancam kedudukan Islam di negara kita.

     

    Saudara mara kita di kampung mungkin kurang jelas dan masih keliru dengan isu ini - TOLONG pastikan seluruh masyarakat kita maklum dan faham serta melakukan tindakan yang sewajarnya.

     

    Gerakkan segala persatuan/pertubuhan di kampung-kampung dan jawatankuasa-jawatankuasa masjid dan surau untuk menyedarkan setiap insan Muslim di tanah air kita agar menyatakan kesungguhan MEMBELA ISLAM yang sedang diancam oleh mereka yang cemburu dengan kesucian Agama Islam.

     

    Islam di nusantara walaupun dijajah beratus tahun dengan bergilir oleh musuh-musuh Islam dari barat namun kedudukan serta kedaulatan Islam sebagai cara hidup yang dianuti oleh sebahagian besar umat Melayu Islam tetap dipertahanan rakyat jelata dengan kepimpinan tokoh-tokoh ulamak serta para kesultanan Melayu yang banyak mendampingi ulamak semenjak 700 tahun lalu.

     

    Kini kita dicabar lagi. Kita harus sepakati meneruskan perjuangan mereka dalam memelihara serta mendaulatkan kesucian Agama Islam serta umat Melayu Islam.

     

     

    Kes Mohd Shafi Saravanan Abdullah lwn Subashini A/P Rajasingham

    Klik di sini untuk maklumat lanjut

     

    Parti GERAKAN Memusuhi Islam

     

    Usul yang dibawa oleh Dr. Tan Kee Kwong supaya memecat SS Mufti Perak adalah satu campur tangan yang amat kurang ajar dalam pentadbiran dan kedaulatan Islam di negara kita.

     

    Kami menyeru mana-mana orang Melayu yang masih menjadi ahli parti Gerakan MESTI bertindak keluar dari parti itu. Adalah DAYUS kalau ada orang Melayu yang masih menganggotai parti yang secara berani serta terbuka mencabar serta menghina Mufti kita.

     

    BOIKOT mana-mana calon parti GERAKAN dalam mana-mana pilihanraya

     

    Kes Azlina Jailani (Lina Joy)

    Kes Azlina Jailani (Lina Joy) lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara & Kerajaan Persekutuan:

    Usaha Menjatuhkan Martabat Islam dan Menggugat Identiti Bangsa?

    Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia usaha (attempt) yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut

    Peguambela pihak Azlina Jailani (Cyrus Das) dengan berani MENGHINA ORANG ISLAM semasa pembicaraan dengan menyebut;

     “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”

    BANTAH!!!

    Cadangan Penubuhan IFC

    Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya IFC ini diluluskan dan berkuatkuasa.

    (sila ke Laman Bantah IFC)

     

    Kumpulan Article 11

    Isu Kumpulan Artikel 11 (petikan Harakah Mei 2006)

     

    Menteri-menteri Yang Memusuhi Islam

    Mereka ini dengan secara terbuka dengan berani mencabar kedaulatan Islam di negara kita dengan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri kita.

    Bernard DOMPOK sehingga hari ini masih ENGKAR untuk menarik balik kritikan dan cabarannya terhadap kedaulatan Islam dalam Perlembagaan negara.

     

    Sisters-in-Islam (Sisters-Impostor-Islam)

    NGO yang bertopeng dan berselindung atas nama Islam tetapi sentiasa cemburu dan memusuhi kesucian Islam (Siapa di belakang SIS?)

    KEKELIRUAN -

    Rang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan 2005)

    1. Latar Belakang Kontroversi RUUKI 2005

    2. Peruntukan-peruntukan Dalam RUUKI Yang Dipertikaikan

    1. Subseksyen 23(9)

    2. Subseksyen 23(9) (a) (b)

    3. Subseksyen 23 (4)

    4. Subseksyen 52 (1)

    5. Subseksyen 107 (A)

    Laporan Akhbar:

    1. Tidak zalimi wanita -- NGO diingat jangan perlekeh Undang-Undang Keluarga Islam - Utusan Malaysia

    2. Tiada Sebab Keliru - Temubual Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Muhamad Burok dan pensyarah undang-undang UKM, Prof. Madya Dr. Noor Aziah Mohd. Awal - Utusan Malaysia

    Pautan Seperjuangan/Allied Links:

    Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

    Laman Bantah IFC

    Diasaskan sempena perbincangan (16 Julai 2006) NGO-NGO Islam Bagi Membela Islam Yang sedang diancam. Semoga Allah menerima usaha ini.

    Jika anda ada bahan untuk dikongsi - hantarkan kepada:

    membelaislam@yahoo.com

     Maklumkan kepada sahabat-handai dan rakan-rakan lain agar angka di bawah ini bertambah sebagai menyatakan kesediaan anda membela ISLAM

      Website Hit Counters
    Hit Counters

    Dikemaskini/Last Update:

    11 Jul 2007


    Report Content · · Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
    Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
    powered by a free webtools company bravenet.com