untitled
viviti

Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kekal

Utusan Malaysia 11 Julai 2007

KUALA LUMPUR 10 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Fasal (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan akan dikekalkan dan tiada sebarang pindaan akan dibuat terhadap fasal itu yang penting dalam menerangkan bidang kuasa sesuatu mahkamah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan fasal perundangan tersebut.

‘‘Jemaah Menteri bersetuju supaya tiada sebarang pindaan dibuat kepada Fasal (1A) Perkara 121 dan peruntukan sedia ada hendaklah dikekalkan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Memansuhkan

Terdahulu Karpal Singh bertanya sama ada kerajaan akan memansuhkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, Fasal (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu, ujarnya, telah ditetapkan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri menambah, Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Senarai 1, Jadual Kesembilan.

‘‘Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula adalah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes melibatkan perkara yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kembali ke Laman Membela Islam http://membelaislam.bravehost.com/

Demi Mempertahankan Martabat Islam dan Identiti Bangsa


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com