|
|
|
|
Wanita Muslim India Yang Ditipu Peguam SuamiPetikan dari: http://dppwp.wordpress.com/2007/05/21/wanita-india-yang-masuk-islam-tertipu/#more-725 Kes Raimah Bibi Nordin, 40 yang sebelum ini adalah seorang wanita Hindu yang memeluk Islam seharusnya dipandang serius oleh masyarakat Islam di negara ini. Wanita ini terpaksa berjuang bersendirian bagi mempertahankan hak beliau sebagai seorang ibu yang mahukan hak penjagaan anaknya. Semasa perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau telah dipermainkan oleh peguam suami beliau yang menyuruh beliau menandatangani surat perakuan penyerahan hak penjagaan anak mereka kepada bekas Suami beliau P.Marimuthu yang masih menganut agama Hindu. Wanita malang ini tidak diberikan apa-apa penjelasan berhubung kesan tindakan beliau itu oleh peguam berkenaan dan sikap Karpal Singh selaku peguam kepada suami beliau ini amatlah dikesali. Seharusnya beliau tidak mengambil kesempatan diatas kenaifan Raimah dalam aspek perundangan dan perlu memberikan saranan agar Raimah melantik peguam bela sebelum mengikuti kes tersebut. Raimah telah menandatangani surat akuan penyerahan hak penjagaan kepada suami beliau dalam keadaan tertipu dan tidak tahu apa-apa. Kes ini harus dibuka semula bagi memastikan Raimah mendapatkan hak beliau sebagai seorang ibu. Walaupun permulaan kes tersebut adalah antara P.Marimuthu dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi yang menerima kesan yang teruk adalah Raimah sendiri. Dan menjadi persoalan disini, apakah yang telah dilakukan JAIS dalam membantu Raimah ini mendapatkan haknya? mengapa Raimah tidak diberikan bantuan guaman bagi menghadapi isu hak penjagaan anak ini? Seharusnya JAIS bersedia bagi membantu dan memberikan pembelaan kepada golongan maualaf seperti Raimah khususnya dalam menghadapi masalah bagi memulakan hidup baru sebagai seorang mualaf yang pastinya akan kehilangan banyak perkara termasuklah kehilangan saudara mara seperti ini. Sebagai ibu, Raimah berhak untuk memelihara 7 orang anaknya atau pun sebahagian darinya memandangkan pendapatan suami beliau juga tidak mencukupi untuk membela kesemua anak-anak beliau. Dilema yang menyayat hati ini seharusnya menyentuh hati kita semua. Kita harus melihat bahawa inilah yang dikatakan sebagai ketidakadilan dalam sistem perundangan yang diwujudkan oleh manusia yang mana, hanya mereka yang bijak dan tahu mengambil kesempatan sahaja yang akan menang. Tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat yang menawarkan khidmat guaman percuma dalam lawatan YB. Salahuddin ke rumah beliau pada 17 Mei lalu wajar disambut oleh firma guaman lainnya sebagai satu cabaran untuk mereka turut tampil kehadapan. Semoga hak Raimah Bibi akan dikembalikan kepada beliau berkat dari keikhlasan para peguam kita yang turut membantu-Herman Samsudeen ——>Laporan Berita
|
|
Kembali ke Laman Membela Islam http://membelaislam.bravehost.com/ Demi Mempertahankan Martabat Islam dan Identiti Bangsa |
bravenet.com